Sinusitis atau resdung adalah satu keadaan di mana terdapat jangkitan pada hidung. Salah satu punca resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya.
Dianggarkan hampir 25% rakyat Malaysia mengalami penyakit resdung yang serius. Antara tanda-tanda resdung ialah :-
- gatal-gatal
- hidung tersumbat dan berhingus
- sakit kepala terutama di bahagian dahi dan pipi
- kelemumur yang berterusan
- bersin yang berpanjangan
- tidur berdengkur
- jerawat
Tanda-tanda di atas yang dianggap normal menyebabkan ramai yang bersikap sambil lewa. Tapi, tahukah anda bahawa penyakit SINUSITIS atau RESDUNG boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya.
Pada kanak-kanak, resdung boleh menyebabkan berlakunya radang dan infeksi pada bahagian mata akibat jangkitan sellulitis. Ini boleh menyebabkan buta.
Pada orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk dan memenuhi ruang dalam otak. SCARY. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi tebal dan boleh mengakibatkan hidung mudah tersumbat.
Teringat masa kecik dulu, ada seorang ni menghidap penyakit resdung. Bahagian dahi dia tu boleh rasa dipenuhi air (masa tu ingatkan air), dan air (cecair hidung) asyik keluar dari hidung dia dan berbau busuk. harap-harap orang tu dah sembuh sekarang.
Jom berkenalan lebih lanjut dengan resdung ni..
APAKAH ITU RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit atau radang pada rongga sinus (hidung) yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
Antara kuman yang menjadi punca resdung ialah :
- Streptococus
- Staphylococcus
Pada keadaan normal, atau semasa sihat, kedua kuman ini memang terdapat dalam rongga hidung kita namun ianya tidak mendatangkan apa-apa masalah kesihatan. Malahan, sebenarnya, jika pertahanan badan (antibodi) kita adalah kuat, maka kita akan terselamat dari penyakit resdung ini. Sebaliknya, jika pertahanan badan (antibodi) kita lemah, atau berlaku kepincangan, maka kedua-dua kuman atau bakteria ini akan membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.
GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
- Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata
- Jangkitan Otak
- Sakit tekak yang kronik
- Jerawat yang kronik
- Jangkitan tulang muka
- Lelah yang teruk
- Berdengkur secara kronik
- Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
- Alahan hidung
- Selesema biasa yang melarat
PUNCA BAKTERIA MEREBAK
Radangan pada hidung
Berlakun jangkitan kuman dan radang pada hidung menyebabkan dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak, ia akan menutup pintu sinus (hidung).
Ketumbuhan atau Polip
Ketumbuhan atau Polip pada hidung ,di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung). Apabila ostia tertutup, cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Sekiranya ini berlaku, bakteria akan membiak dalam takungan tersebut dan menyebabkan berlakunya redung.
Jangkitan pada gigi geraham atas
Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Adakalanya, dalam proses mencabut gigi, akar gigi patah dan tertinggal.
Genetik
Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi ALAHAN yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu menjadi genetik.
Ok, sekarang kita kenal pasti jenis-jenis resdung.
JENIS RESDUNG (SINUSITIS)
- Akut
- Kronik
AKUT
Berlaku dalam tempoh dua minggu, bermula dengan jangkitan rhinitis arau serangan alahan yang berulang-ulang dan serius pada hidung, menyebabkan hidung tersumbat.
Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Jangkitan akan berterusan, tetapi tidak seteruk resdung kronik.
Ciri-ciri resdung akut
hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit yang berdenyut di muka dan bahagian depan kepala (dahi dan pipi)
serangan bermula pada awal pagi dan semakin berkurangan pada lewat petang
rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud
KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku menyebabkan ianya menjadi kronik.
Ciri-ciri resdung kronik
kegatalan pada muka yang teruk
jerawat yang banyak (terdapat pesakit resdung yang tidak berjerawat)
kerap bersin pada waktu pagi
adakalanya hidung tersumbat
sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
cecair mukus (hingus) berwarna hijau dan berbau busuk. ianya tidak disedari oleh pesakit, tetapi dapat dihidu oleh ahli keluarga atau yang berada dipersekitaran pesakit.
INDIVIDU BERISIKO
alah kepada habuk
alah kepada makanan (seafood)
mempunyai ketumbuhan dalam hidung
kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
turbinate (tulang-tulang dinding pada muka) yang besar
KAEDAH MERAWAT RESDUNG
Konsepnya mudah
Besarkan dan pulihara saluran sinusitis dengan B Kompleks
Kuatkan antibodi untuk melawan kuman resdung dengan Vitamin C
Kurangkan keradangan akibat resdung dengan Alfalfa
Demikian sedikit sebanyak cerita mengenai penyakit RESDUNG dan cara penyelesaiannya. Ianya tidak membahayakan, tetapi boleh memudaratkan jika tidak dirawat. Untuk mendapatkan set resdung dengan harga istimewa, anda boleh whatsapp saya di nombor 0145708903, dan taip sekali SET RESDUNG ISTIMEWA untuk claim harga eksklusif tersebut.
Hargai kesihatan kerana ianya tidak boleh dijual beli.
Tice Maya
0145708903
Jutawan Shaklee







No comments:
Post a Comment