Saturday, 21 February 2015

Apa itu stroke dan pencegahannya



Apa itu stroke dan pencegahannya


Kematian demi kematian yang berlaku di sekeliling dan disebabkan oleh stroke ataupun angin ahmar sangat menakutkan. Terkadang mahu saja saya datang ke rumah sahabat yang ahli keluarganya mengalami stroke, dan tunjukkan produk shaklee yang mampu membantu. Penyakit itu datangnya dari Allah, dan hanya pada Allah sahaja kita memohon kesembuhan, namun, dalam tawakkal, dalam pengharapan, Allah bagi kita kudrat dan minda untuk bertindak. Berusahalah..cubalah mengubati sekiranya ada..dan sekiranya tiada, cegahlah. 

Stroke atau angin ahmar ini sebenarnya berlaku apabila sel otak tiba-tiba mati, atau tidak berfungsi kerana saluran darah pada tisu otak tersumbat atau berlaku pendarahan pada otak. Apabila stroke terjadi, pesakit akan lumpuh separuh badan, tidak boleh bertutur ( atau bertutur tidak jelas ), koma, hilang ingatan dan dalam sesetengah kes boleh membawa maut. 

SALURAN DARAH TERSUMBAT ( ISCHEMIC STROKE)
Ischemic stroke berlaku apabila saluran arteri yang membawa darah beroksigen ke tisu otak tersumbat oleh darah beku (trombus)  atau serpihan lemak (embolus). Kekerapan stroke jenis ini adalah yang paling kerap berlaku. Apabila darah beroksigen tidak sampai ke otak, sel tisu otak akan mati dan ini akan membahayakan nyawa pesakit.



PENDARAHAN PADA OTAK ( HEMORRHAGIC STROKE )
Hemorrhagic stroke berlaku apabila berlaku pendarahan pada otak. Darah tersebut akan bergenang dan akan membeku dan menyebabkan kekurangan oksigen dalam sel otak tersebut. Dalam sesetengah kes, keadaan ini boleh menyebabkan kematian jika lewat di rawat.



Terdapat juga keadaan di mana pesakit akan menghadapi mini stroke atau Transient Ischaemic Attack, di mana tisu otak tidak mendapat bekalan oksigen untuk seketika. Perkara ini akan menyebabkan pesakit pitam atau pengsan, namun ianya hanya berlaku sekejap sahaja dan tidak meninggalkan kesan neurologi seperti lemah, lumpuh dan sebagainya. Walaubagaimanapun, TIA adalah merupakan tanda awal stroke dan ianya adalah amaran awal stroke.


CARA MENCEGAH PENYAKIT STROKE

  • Amalkan gaya hidup sihat
  • tidak merokok
  • tidak minum alkohol
  • kawal penyakit darah tinggi dan kencing manis
  • pengambilan suplemen yang mampu mengawal arau mengurangkan kadar kolesterol yang menyumbat salur darah.
SUPLEMEN YANG DICADANGKAN


Omega Guard yang merupakan minyak ikan paling tulen di dunia dengan mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. DHA dan EPA boleh
  • menentang thrombosis, 
  • tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, 
  • melincirkan saluran darah
  • mengawal tekanan darah dengan sangat efektif
  • mengurangkan ketegangan di leher
  • merendahkan kolesterol
  • menghindar pembekuan darah dalam badan
  • membantu mengekalkan tahap kesihatan trigleserida dan kolesterol LDL
  • mengawal masalah obesiti
  • mencegah arteriosclerosis
  • membantu mengurangkan risiko penyakit jantung


Lecithin Shaklee yang diekstrak dari kacang soya bukan-GMO dan setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. ianya mampu
  • memecahkan lemak dan kolesterol
  • membersihkan salur darah
  • mengemulsi dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserid dalam tubuh.
  • menghalang tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis

Garlic                      ~ merendahkan tekanan darah
ESP                          ~ menurunkan tahap kolesterol 
Vita B Complex     ~ Menurunkan stress
Vita C 500mg SR  ~ Menghalang pembekuan darah



Setiap penyakit ada ubatnya. Selagi ada kemahuan, di situ ada jalan. Berpantang undur...kecuali ada operasi..beheheheh...Apapun, kesihatan adalah merupakan amanah Allah. Jagalah ia sebaiknya kerana kita hanya ada satu peluang saja. 

Sayangi diri kita kerana diri kita amat berharga
Maea
0145708903

Friday, 20 February 2015

Penjagaan keseluruhan bagi wanita


PENJAGAAN KESELURUHAN BAGI WANITA UNTUK KEKAL ANGGUN MENAWAN






Wanita bagi saya adalah mahkluk yang sempurna. Dengan postur fizikal yang mendebarkan jejaka, rahim yang mengeluarkan nyawa, kulit yang gebu dan rambut yang menawan, semuanya adalah pakej yang lengkap. Terasa banggan apabila dikurniakan Allah fizikal yang sempurna, walaupun ada di kalangan kita yang kurang sempurna, tapi Allah mengurniakan kelebihan pada mereka, mungkin dari segi minda, dari segi kemahiran..sesungguhnya Allah tidak akan memberikan cubaan sekiranya kita tidak mampu untuk menanggungnya.

Berbalik pada cerita penjagaan kita tadi, kita mulakan dari penjagaan paling asas sekali, iaitu, penjagaan kulit.

Secara amnya, kulit manusia terdiri daripada lapisan epidermis dan dermis. Lapisan epidermis, adalah lapisan kulit yang TIDAK mempunyai saluran darah, dan bergantung kepada lapisan dermis untuk mendapat bekalan darah.

Dalam lapisan dermis kulit manusia, terdapat kelenjar sebum yang menghasilkan lemak sepanjang masa. Lemak ini adalah bertujuan bagi mengelakkan rambut dan kulit daripada menyerap air. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan kulit dan rambut dari kering, berkedut dan merekah.

Sel sel kulit kita akan sentiasa "reproduce". Bila sel terbaru terhasil, ia akan menolak sel kulit sedia ada keluar ke lapisan epidermis. Bila sel kulit ini berada di permukaan, ia akan terdedah kepada pencemaran, habuk, kekeringan dan pendedahan terus kepada set penjagaan kulit yang kita guna, dan akan mati. Walaubagaimanapun, proses ini berlaku setiap masa, dan boleh dikatakan, setiap detik, ada sahaja sel kulit yang mati di atas badan manusia. 

Sel sel kulit mati ini akan terkumpul bersama lemak lemak sebum, bakteria dan habuk dipermukaan kulit, dan kulit akan menjadi kotor dan bakteria akan mudah melaksanakan kerjanya untuk menghasilkan jerawat, jeragat, nanah, kanser dan sebagainya. Dan, menurut kajian saintis, di bahagian muka sahaja, dianggarkan terdapat 500 juta bakteria pada setiap inci persegi.

Pasal tu, kita kena titik beratkan penjagaan kulit kita, terutama di muka. Sebab, kulit tak berupaya untuk membuang sel kulit mati tu sendiri, kita kena TOLONG kulit kita. Macamana caranya :-

1. Mandi 2 atau 3 kali sehari dengan menggunakan bahan pencuci yang sesuai dengan kulit kita. Semasa mandi, kena gosok keseluruhan badan, setiap inci badan tu mesti kena sentuhan tangan kita, atau loofah..pada siapa yang guna loofah lah. Sebab, gosokan tu, mampu membantu merangsang pengaliran darah. Lepas tu, badan kena lap kering, pastikan x ada sisa air lagi kat badan kita. Petua orang dulu2, lepas mandi, sebelum keluar dari bilik air, kena keringkan badan kita...sekering keringnya. Supaya, kulit sentiasa tegang dan badan sentiasa sihat. Haa..yang ni saya tak pasti, tapi, betul kot, sebab saya memang lap badan kering2 sebelum keluar dari bilik air. Alhamdulillah, kulit ni x pernah mengecewakan..hihihi

2. Lepas mandi, kena guna bahan pelembab tuk melembabkan kulit kita. Ingat saya kata tadi, kulit x boleh melembabkan diri sendiri..lagi2 yang dah jauh kat lapisan epidermis, pasal tu kita kena bantu kulit kita. Guna losyen, dan bagi yang beragama islam. macam saya, kena pastikan losyen tu halal, sebab, nanti nak kena amek wuduk lagi kan.. So, sebelum nak amek wuduk tu, cucilah dulu anggota badan yang kita gunakan untuk berwuduk dengan sabun. Supaya air sampai ke kulit. Lepas sembahyang, apply balik...ha..tak susah kan..mula2 memang rasa susah..lama2 dah biasa, jadi rutin. 

3. Untuk kulit muka pula, kena apply pelembab. Sebab kulit muka nipis dari kulit badan, mudah kering, lagi2 kalau pencuci muka kita bukan jenis semulajadi...ada chemical...habis kulit kena peel hari2....kesian...Pasal tu pelembab SANGAT PENTING. Kita pun x nak kelihatan tua dari usia kan. Yang ni kena hari2 buat tau, jadikan rutin. Baru kulit sihat dan cantik.

4. Rambut pula, especially yang berhijab, penjagaan kena jadi ekstra, sebab rambut kita bertutup sepanjang hari. Kalau boleh, syampu rambut dengan syampu yang sesuai, pada waktu petang atau malam. Sebab kalau cuci pagi, nanti rambut x sempat kering sebelum pakai tudung. Ha, yang ni boleh menyebabkan kelemumur, atau rambut berbau. Masa syampu rambut tu, urut kulit kepala tu ya...bukan rambut..tapi kulit kepala, sebab kulit kepala akan menghasilkan minyak, dan minyak tu akan mengalir ke kulit kalau tak dibersihkan. Buih dari syampu tu nanti akan secara tidak langsung mencuci rambut kita. Syampu agak2 dalam 5 ke 10 minit, kemudian bilas bersih. Pastikan xda sisa syampu yang tinggal, sebab chemical dari syampu ni boleh menyebabkan rambut gugur kalau masih melekat kat rambut. Kecuali guna syampu yang semulajadi. Yang ni, nanti saya share dalam entry lain...sebab..ada orang kalau syampu rambut x banyak buih..x suka..sebab rasa x bersih...padahal buih tu lebih banyak merosakkan rambut. Lepas, syampu, guna pelembab, jangan sapu kat kulit kepala ya, sapu kat rambut saja, untuk melembabkan rambut. Lepas 5 minit, bilas....pun kena bersih juga...ingat ya..keywordnya..BERSIH. Then, kena keringkan..jangan gosok dengan tuala...nanti rambut gugur..tekap air berlebihan dengan tuala, kemudian biar kering sendiri...Kalau boleh, elakkan sikat rambut masa basah..atau keringkan dengan pengering rambut..sebab dalam fasa ni, rambut sangat lemah dan mudah putus atau gugur. 

5. Suplemen atau makanan tambahan pun perlu untuk kekal anggun. Harus diingat, semakin umur meningkat, tarikan graviti ke atas kulit kita makin kuat, dan pegangan antara sel makin lemah di sebabkan oleh gaya hidup, pemakanan dan persekitaran kita. Sel2 dalam badan pun akan meragam, kalau hari2 dihadapkan dengan makanan instant, kafein..hari2 kerja keras nak buang toksin...lepas tu xda back up...mestilah meragam kan. Pasal tu, makanan tambahan ni perlu untuk kita bantu sel2 dalam badan kita. Contohnya, vitamin C...vitamin C ni bagus untuk sistem imunisasi kita..malangnya ianya x dapat dihasilkan oleh badan.. dan untuk kekal cantik...kita kena makan 3000mg vitamin C segar yang bersamaan dengan 500 biji oren. Ha....boleh x kita nak makan 500 biji buah oren sehari? That's why, kita boleh beralih ke suplemen, tapi kena pastikan suplemen yang semula jadi saja ya. Macam saya sendiri, saya amalkan suplemen SHAKLEE..

ESP ~ untuk pembentukan sel kulit yang sihat dan anjal
Vit C ~ untuk sistem imunisasi, cerahkan kulit dan boost collagen
Vit E ~ untuk kulit awet muda, lindungi jantung dan penjagaan rumahtangga..hihih
Alfalfa ~ detox, kulit cantik, penjagaan rumahtangga
Lecithin ~ untuk kawal kolesterol, maintain slim, supaya lemak jahat x stay dlm badan
Omega Guard ~ untuk minda, bakar lemak yang x perlu, untuk jantung
Collagen ~ untuk kecantikan
Zinc ~ untuk rambut..saya suka berhias kat rumah..hehheh


6. Last sekali, senaman...haa...ni jangan sempitkan fikiran, asal senaman ja, kena aerobic or jogging or zumba...no...senaman ni adalah aktiviti yang mengeluarkan peluh..mengemas rumah, cuci tandas, mop lantai, main ngan anak, berkebun, tanam bunga..semua tu consider sebagai senaman juga. Cuma, saya suka syorkan senaman ni untuk wanita.

Sit up ~ bahagikan pada 3 masa, 10 masa bangun tidur, 10 lagi masa tengahari, n 10 lagi sebelum tidur malam. Bila dah biasa, boleh slowly tambah kuantiti tu.

Senaman kegel ~ ha..yg ni khas tuk wanita yang sudah berkahwin. Anytime, anywhere..heheh..caranya, macam kita nak tahan kencing, tarik otot v kita ke atas, tahan dalam kiraan 5 atau 10, then lepaskan. Ulang 10 kali tuk setiap sesi. Yang bestnya, aktiviti ni kita boleh buat bila bila masa. Masa masak, driving, cuci kain, jemur kain, tengok tv... Memang best..kesan ? hehehe...nnt kena tanya suami..

Squat ~ yang ni, bagus untuk ketatkan otot punggung. Walaupun punggung ni aurat, tapi kat rumah, elok tayang depan suami...heheheh...chubby....^__^. Suami mesti suka..sebab punggung cun..kikikiki..cara2 nak buat, bayangkan kita nak duduk atas kerusi, turunkan badan perlahan2, tangan lurus ke depan , bila agak2 nak sampai kerusi dalam bayangan kita tu, stop, n naik balik. Boleh buat 10 kali untuk setiap sesi.


There goes the things we need to do for our maintenance. Yang ni semua untuk penjagaan harian ya..Untuk penjagaan mingguan, nanti saya share kat next entry..till then...bubye..mmuah..

Lurve,
Maea
0145708903

Resdung, Punca dan cara mengubatinya



Sinusitis atau resdung adalah satu keadaan di mana terdapat jangkitan pada hidung. Salah satu punca resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya. 

Dianggarkan hampir 25% rakyat Malaysia mengalami penyakit resdung yang serius. Antara tanda-tanda resdung ialah :-
  • gatal-gatal
  • hidung tersumbat dan berhingus
  • sakit kepala terutama di bahagian dahi dan pipi
  • kelemumur yang berterusan
  • bersin yang berpanjangan 
  • tidur berdengkur
  • jerawat
Tanda-tanda di atas yang dianggap normal menyebabkan ramai yang bersikap sambil lewa. Tapi, tahukah anda bahawa penyakit SINUSITIS atau RESDUNG boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya.

Pada kanak-kanak, resdung boleh menyebabkan berlakunya radang dan infeksi pada bahagian mata akibat jangkitan sellulitis. Ini boleh menyebabkan buta.

Pada orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk dan memenuhi ruang dalam otak. SCARY. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi tebal dan boleh mengakibatkan hidung mudah tersumbat.

Teringat masa kecik dulu, ada seorang ni menghidap penyakit resdung. Bahagian dahi dia tu boleh rasa dipenuhi air (masa tu ingatkan air), dan air (cecair hidung) asyik keluar dari hidung dia dan berbau busuk. harap-harap orang tu dah sembuh sekarang.

Jom berkenalan lebih lanjut dengan resdung ni..

APAKAH ITU RESDUNG (SINUSITIS)


Resdung merupakan sejenis penyakit atau radang pada rongga sinus (hidung) yang disebabkan oleh jangkitan kuman. 
Antara kuman yang menjadi punca resdung ialah :
  • Streptococus
  • Staphylococcus
Pada keadaan normal, atau semasa sihat, kedua kuman ini memang terdapat dalam rongga hidung kita namun ianya tidak mendatangkan apa-apa masalah kesihatan. Malahan, sebenarnya, jika pertahanan badan (antibodi) kita adalah kuat, maka kita akan terselamat dari penyakit resdung ini. Sebaliknya, jika pertahanan badan (antibodi) kita lemah, atau berlaku kepincangan, maka kedua-dua kuman atau bakteria ini akan membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.

GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)




  • Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata
  • Jangkitan Otak
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jerawat yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Lelah yang teruk
  • Berdengkur secara kronik
  • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
  • Alahan hidung
  • Selesema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEREBAK



Radangan pada hidung

Berlakun jangkitan kuman dan radang pada hidung menyebabkan dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak, ia akan menutup pintu sinus (hidung).

Ketumbuhan atau Polip 

Ketumbuhan atau Polip pada hidung ,di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung). Apabila ostia tertutup, cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Sekiranya ini berlaku, bakteria akan membiak dalam takungan tersebut dan menyebabkan berlakunya redung.

Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Adakalanya, dalam proses mencabut gigi, akar gigi patah dan tertinggal. 

Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi ALAHAN yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu menjadi genetik.


Ok, sekarang kita kenal pasti jenis-jenis resdung.

JENIS RESDUNG (SINUSITIS)

  • Akut
  • Kronik
AKUT

Berlaku dalam tempoh dua minggu, bermula dengan jangkitan rhinitis arau serangan alahan yang berulang-ulang dan serius pada hidung, menyebabkan hidung tersumbat.

Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Jangkitan akan berterusan, tetapi tidak seteruk resdung kronik.

Ciri-ciri resdung akut

hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit yang berdenyut di muka dan bahagian depan kepala (dahi dan pipi)
serangan bermula pada awal pagi dan semakin berkurangan pada lewat petang
rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud

KRONIK


Serangan resdung akut yang kerap berlaku menyebabkan ianya menjadi kronik. 

Ciri-ciri resdung kronik

kegatalan pada muka yang teruk
jerawat yang banyak (terdapat pesakit resdung yang tidak berjerawat)
kerap bersin pada waktu pagi
adakalanya hidung tersumbat
sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
cecair mukus (hingus) berwarna hijau dan berbau busuk. ianya tidak disedari oleh pesakit, tetapi dapat dihidu oleh ahli keluarga atau yang berada dipersekitaran pesakit.

INDIVIDU BERISIKO

alah kepada habuk
alah kepada makanan (seafood)
mempunyai ketumbuhan dalam hidung
kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
turbinate (tulang-tulang dinding pada muka) yang besar 

KAEDAH MERAWAT RESDUNG



Konsepnya mudah

Besarkan dan pulihara saluran sinusitis dengan B Kompleks
Kuatkan antibodi untuk melawan kuman resdung dengan Vitamin C
Kurangkan keradangan akibat resdung dengan Alfalfa


Demikian sedikit sebanyak cerita mengenai penyakit RESDUNG dan cara penyelesaiannya. Ianya tidak membahayakan, tetapi boleh memudaratkan jika tidak dirawat. Untuk mendapatkan set resdung dengan harga istimewa, anda boleh whatsapp saya di nombor 0145708903, dan taip sekali SET RESDUNG ISTIMEWA untuk claim harga eksklusif tersebut.

Hargai kesihatan kerana ianya tidak boleh dijual beli.

Tice Maya
0145708903
Jutawan Shaklee

Thursday, 19 February 2015

Kelebihan dan Keutamaan Hari Jumaat


Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. Di antara 7 hari yang ada dalam setiap minggu itu juga, kaum Yahudi berbangga dengan hari sabtu dan penganut kristian meraikan hari ahad. Umat Islam pula di kurniakan dengan hari kebesaran iaitu hari Jumaat yang merupakan Penghulu Segala Hari.

Berikut adalah keistimewaan dan keutamaan Hari Jumaat.

1. Hari Paling Mulia

Terdapat beberapa perisitiwa yang terjadi pada hari Jumaat. Antaranya :-


  • Allah SWT ciptakan nabi Adam alaihissalam
  • Nabi Adam alaihissalam dimasukkan ke dalam syurga
  • Nabi Adam alaihissalam diturunkan dari syurga menuju ke bumi
  • Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.
2. Hari bagi kaum muslimin

Hari Jumaat adalah merupakan hari berkumpulnya umat Nabi Muhammad SAW dalam masjid masjid untuk mengikuti solat Jumaat, mendengarkan dua khutbah Jumaat yang mengandungi wasiat bertakwa dan nasihat-nasihat serta doa.

3. Penghulu segala hari.

Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana islam meletakkan Jumaat sebagai Penghulu hari dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.

4. Hari kebesaran mingguan

Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah Hari Besar yang berulang setiap minggu.

5. Hari perhimpunan bagi solat Jumaat

Solat Jumaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari tersebut adalah hari yang mulia dan kita perlu mengambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT.

6. Hari ramai Malaikat turun ke bumi.

Pada hari Jumaat, Allah mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan mereka terdapat tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak. Para malaikat akan berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.

Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, para malaikat akan kembali ke Arasyh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata
"Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat".

Allah SWT berfirman " Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikitpun".

7. Hari mustajab berdoa

Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara

  • Imam duduk di atas mimbar sehingga selesai Jumaat.
  • Pada akhir waktu Asar
8. Hari dihapuskan dosa.

9. Hari lebih utama bersedekah

Sedekah pada hari Jumaat adalah lebih utama berbanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu Qayyim berkata; "Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya."

10. Hari meraih pahala.

Kredit kepada : shafiqolbu

Demikian antara kelebihan hari Jumaat. Jom sama-sama kita perbaiki diri dan amalan kita. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.

Assalammualaikum.

Tice Maya
0145708903
Jutawan Shaklee

Bebas ubat seumur hidup




Perbualan saya bersama seorang pelanggan.

Pelanggan : Adakah produk Shaklee yang paaling best?

Saya : Best macamana tu?

Pelanggan : Bestlah...kuat..supaya saya tidak perlu lagi ambil painkiller, my mom pun x perlu lagi dialisis.

Saya : oooo...ada...Vivix. Harga pun kuat juga.

Pelanggan : Ndak apa, yang penting sihat...saya mau kasi free dari drug ba badan saya ni. Lagipun, apalah sangat tu duit kalau untuk kesihatan mama.

Terharu, tersentak....ajal mati di tangan Tuhan..tapi tidak ada salahnya berusaha.

APA ITU VIVIX?


Vivix adalah minuman ajaib campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


APAKAH KHASIAT VIVIX ?

Memperbaiki DNA

Setiap hari, setiap sel tubuh kita akan diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal ) yang akan mengganggu fungsi dan umur sel. 
Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

Meningkatkan Pengeluaran Tenaga Sel

Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan Mitochondria menurun, yang dipengaruhi oleh kegiatan seharian, pemakanan, etc, maka funsi sel akan turut menurun.
Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel. 

Melambatkan Penimbunan Protin AGE

Penimbunan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan dan kesihatan sel.
Ramuan Vivix mampu melambatkan pembentukan protein AGE.


Walaubagaimanapun, Vivix TIDAK BOLEH diambil oleh ibu mengandung dan menyusukan anak, juga mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. 

Vivix juga perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari alam semulajadi memerlukan suhu yang rendah agar bertahan lebih lama.

Jom, cintai diri kita dan ibu bapa kita. Hadiahkan mereka Vivix bagi menjamin kesihatan yang lebih baik. Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Facebook : Maea Abd Ghani
Whatsapp : 0145708903

“Let food be thy medicine and medicine be thy food.” 
― Hippocrates

Wednesday, 18 February 2015

Kenapa perlu vitamin C




Vitamin C adalah vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang prihatin tentang kesihatan dan kecantikan...macam saya..^^
Serius, vitamin C adalah vitamin pertama yang saya amalkan sebelum vitamin E. Kenapa? Banyak sangat jawapan kepada kenapa tu..Tapi sebelum saya jawab, saya nak share bahawa 

vitamin C adalah sangat tidak stabil

Ia sangat mudah rosak apabila terdedah kepada pencemaran, stress (tekanan), proses oksidasi (pendedahan kepada udara), merokok, caffein dan sebagainya. Dan, ia tidak dibuat atau dihasilkan SENDIRI oleh badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luar adalah amat penting bagi memastikan badan kita mempunyai bekalan vitamin C yang mencukupi. 

vitamin C adalah larut dalam air

Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Oleh itu, pengambilan berterusan adalah penting bagi memastikan kadar vitamin C dalam badan kita dalah mencukupi bagi kita mencapai kesihatan dan kecantikan maksimum.

APA KESAN KEKURANGAN VITAMIN C PADA BADAN MANUSIA??

  • Pendarahan dalaman (haemorrhages), di mana tanda-tanda lebam hitam biru di seluruh badan. Kalau dulu, orang tua-tua kata dihisap hantu...lepas tu kena sapu bawang putih kat tempat lebam tu...heheh..sebab saya ni banyak kesan lebam tu...dulu memang hari2 bau bawang putih...sebab nak elakkan dari lebam lagi..dan lagi..tapi, setelah saya kaji..chewahh..rupanya badan saya bagi alarm yang saya kurang vitamin C..sebab saya ni caffein-drinker...sehari boleh habis 7-8 mug nescafe...tapi sekarang tidak lagi..malahan..kulit makin supple dan pinkish...ewahhh
  • Gusi berdarah dan tidak kuat...saya antara penghidap gusi berdarah dulu-dulu..
  • Keletihan dan badan berasa lemah
  • Sakit otot dan sendi
  • Kulit kering
  • Rambut bercabang
  • Hidung berdarah
  • Penyembuhan luka yang lambat
  • Masalah melawan jangkitan penyakit
  • Pendarahan dalam sendi menyebabkan sakit sendi yang teruk
  • Perubahan dalam tulang
  • Kehilangan gigi

ADA BEBERAPA KUMPULAN MANUSIA YANG MEMPUNYAI KADAR VITAMIN C YANG RENDAH DALAM BADAN

  • Perokok. Sebatang rokok boleh memusnahkan 25mg vitamin C di dalam badan. Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap 20 batang rokok sehari, mendapati tidak ada (hanya sedikit) kesan vitamin c.
  • Pesakit kencing manis. Pesakit diabetes biasanya kehilangan vitamin c melalui pembuangan air kencing yang kerap. Kajian menunjukkan, pesakit diabetes yang mengambil vitamin C pun tetap mempunyai kadar kekurangan vitamin C dalam badan mereka. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan vitamin C. Pesakit kencing manis juga mempunyai kadar kolagen yang rendah (akibat kekurangan vitamin c ) menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. Perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan free radicals menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada kompilasi seperti katarak. kerosakan saraf, kerosakan buah pinggang.
  • Pesakit kanser.
  • Alcoholic
  • Pesakit Rheumatoid Arthtiris
  • Ahli sukan lasak.
  • Pesakit yang mengalami pesakit kronik seperti selesema, batuk, jangkitan kuman dan sebagainya.
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti aspirin, perancang, antibiotik dan sebagainya.
  • Pesakit yang dirawat dihospital atau yang baru saja menjalani pembedahan. Perasan tak, kalau kita pergi klinik, tak kiralah sakit apapun, mesti kena bagi vitamin c sekali...sebab doktor nak "boost" imunisasi kita supaya boleh lawan virus atau bakteria yang menyerang. 

Oleh itu, vitamin C sebenarnya amat penting pada manusia. Boleh dikatakan dari hujung rambut ke hujung kaki kita memerlukan vitamin C.

RAMBUT

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa (tenaga). Radikal bebas ini akan merosakkan rambu dan menyebabkannya menjadi nipis dan rapuh. Oleh itu, rambut memerlukan ejen antioksida, yang boleh didapati dari vitamin C bagi memerangi radikal bebas ini. Mereka yang mengambil vitamin C dalam kuantiti yang mencukupi mempunyai rambut yang lebat, kuat dan sihat. 

Kelemumur terbentuk apabila sel kulit kepala mati dan tidak dibersihkan dengan baik. Ia boleh merosakkan folikel rambut dan jika tidak dirawat akan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria yang terdapat pada kulit kepala. Ia memmbantu untuk menghilangkan kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh lebih sihat. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti viral yang boleh mengelakkan kulit kepala dari kering dan gatal. 

Rambut gugur adalah disebabkan oleh perembesan hormon yang tidak stabil oleh kelenjar adrenal. Vitamin c mampu menyeimbangkan kelenjar adrenal dan mengurangkan rambut gugur. 

Rambut lebat yang menjadi dambaan semua wanita boleh dicapai melalui pengambilan vitamin C kerana ianya membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah termasuk di bahagian kepala. Pengaliran darah yang sihat menjamin pertumbuhan rambut yang lebat dan kuat.

Vitamin c juga berupaya untuk mengekalkan warna rambut dan mengelakkan uban.

KULIT

Kulit sering terdedah kepada radikal bebas akibat pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan sunburn. Pendedahan kepada radiasi ultra ungu yang berterusan tanpa pelindung boleh menyebabkan barah kulit.

Kolagen yang merupakan gabungan hydroxyproline dan hydroxylysine, memberi kesan gebu  dan menyamaratakan tona warna kulit. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembabkan kulit dari dalam dan menngurangkan kedutan dan tanda penuaan. Vitamin C berupaya merangsang pembentukan kolagen.

Vitamin C digunakan secara semulajadi oleh badan untuk menyembuhkan luka  dan menggantikan tisu yang rosak. Ianya meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi pertumbuhan sel kulit baru yang lebih cepat.

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.


Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.


Vitamin C dengan dos yang betul melindungi dari jangkitan kuman dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. 

Vitamin C mengurangkan kesan demam dan bertindak sebagai anti histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik pada badan seperti sakit badan, selesema dan kesakitan. Ia juga mengawal alergi yang menyebabkan demam, mengurangkan paras histamin dan mempercepatkan penyembuhan demam. 

Vitamin C adalah merupakan ejen anti oksida yang sangat hebat dan berkesan dan mampu melindungi badan daripada radikal bebas yang memberi kesan oksidatif atau "sel karat". Radikal bebas ini mampu memberikan kesan tidak baik kepada badan seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian untuk mendapatkan tekanan darah yang tinggi.

Vitamin C memastikan pengembangan saluran darah berlaku dengan baik dan berkesan. Pengembangan saluran darah yang baik ini mampu mengurangkan kadar atherosclerosis, menjauhkan kolesterol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

Keracunan plumbum yang disebabkan oleh pemakanan makanan segera dan pendedahan kepada alat kosmetik yang mempunyai kadar plumbum yang tinggi boleh menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak, serta kegagalan fungsi buah pinggang dan tekanan darah tinggi dikalangan orang dewasa. Vitamin C mampu mengurangkan kadar plumbum dalam darah. 

Vitamin C dan jus juga telah terbukti membantu untuk kurus dan mendapatkan badan yang ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya akan memasukkan vitamin C yang tinggi dalam diet pesakit yang ingin menurunkan berat badan. Para doktor mendapati dengan memakan makanan yang tinggi kadar vitamin C mampu merendahkan paras insulin.

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan yang disebabkan oleh perembesan hormon kortisol yang tinggi. 

Pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan pengaliran darah ke mata. Pupil mata kita memerlukan vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kanta mata menjadi legap atau katarak. 1000mg vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

Ciri-ciri antioksida pada vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan termutasi dan mengelakkan sel barah dalam jangka masa yang panjang. ia meningkatkan imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu daripada terbentuk dalam badan. ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga mampu menghasilkan Vitamin E yang juga merupakan antioksida yang sangat baik. Apabila imunisasi badan meningkat, maka badan tidak akan mudah terkena jangkitan dan terpelihara daripada sel barah. 

Vitamin C menghalang daripada terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Apabila plak terbentuk, ia akan menyebabkan kolesterol teroksida yang menyebabkan serangan jantung. 

Vitamin C mengurangkan paras gula dalam darah dan ini adalah berita baik kepada pesakit diabetes. Ia mampu mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada.

Vitamin C mampu mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan alahan dan keradangan seperti asma. Vitamin c mampu mengurangkan risiko terkena asma.



HARUS DIINGAT

Vitamin C adalah vitamin larut air dan ia akan mudah untuk dibuang dari badan melalui proses perkumuhan atau air kencing. Badan tidak akan dapat menyerap vitamin C yang banyak dalm satu masa, oleh itu, amat penting untuk mengambil vitamin C yang mempunyai kadar pelepasan berterusan secara semula jadi atau SUSTAINED RELEASE. Sustained Release Vitamin C SHAKLEE telah direka dengan pembebasan berterusan secara semulajadi. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam badan kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin C shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavonoid yang juga dikenali sebagai vitamin C complex dan 25% dari bioflavonoid diekstrak dari kulit buah. Baioflavonoid mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. 

So, sekarang kita dah tahu kepentingan vitamin C ni.. Cuma tinggal nak amal je..kesihatan memang xda galang ganti...kalau nak, boleh whatsapp 0145708903..saya bagi harga eksklusif...^^


Salam sayang

Tice Maya
0145708903
Supervisor March 2015